Pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Nelydia Senrose, menyangkal sama sekali dakwaan kononya dia berbikini ketika pergi bercuti di Pulau Tioman,
baru-baru ini. Malah gadis berusia 19 tahun ini menegaskan dia tidak akan sesekali berbikini apatahlagi sengaja mahu mencipta kontroversi murahan seperti itu.
Isu tersebut timbul apabila heroin Setia Hujung Nyawa ini sendiri yang memuat naik sekeping gambar menerusi Instagram. Gambar tersebut menunjukkan permandangan laut nan indah dan di sebelah kanan gambar itu kelihatan lengan seperti seorang seorang wanita yang dipercayai ramai, wanita itu adalah dirinya dan dalam keadaan berbikini.
“Sejujurnya, lillahi ta’ala, itu bukan saya. Saya bukan macam tu Saya pun tahu had saya. Sebenarnya subjek utama gambar tu adalah pemandangan (laut) di depannya. Tapi semasa saya nak ambil gambar, kebetulan ada seorang wanita mat salih berbikini di depan saya, jadi takkan lah saya nak suruh dia berganjak ke tepi.
“Tak sangka pula orang nak jadikan isu. Masa saya ambil gambar tu, saya tak fokus langsung pun pada badan wanita tu. Saya rasa orang sekaraang ni pun dah pandai menilai. Takkan lah saya nak buat kontroversi murah macam tu. Niat saya, saya nak kongsi kecantikan pemandangan yang saya nampak masa tu, dengan peminat. Tak tahu pula ramai yang ‘terima’ lain dan anggap lain”, jelasnya kepada Malaysian Digest.com ketika diminta mengulas mengenai isu foto ‘panas’ itu.
Nelydia ditemui pada majlis memperkenalkan program-program sempena ramadan dan raya bagi saluran stesen televisyen Media Prima Berhad, bertempat di ALoft Hotel, KL Sentral, petang semalam.
Tambahnya, semasa memuat naik gambar tersebut, dia langsung tidak perasaan dan tidak terfikir ia akan mencetuskan isu. Sehinggalah pengarah dan penerbit Ahmad Idham menelefonnya dan bertanyakan tentang sejauh mana kebenaran berita dirinya berbikini.
“Saya tak perasan langsung pasal gambar tu. Tapi bila abang Ahmad Idham telefon saya dan tanyakan pada saya, “Nely awak pakai bikini ker kat Tioman? Ni orang kat radio ni cakap gambar awak”. Saya kata pada abang Idham, gambar apa pula? Okay, nanti saya check. Lepas saya check tu, la… gambar yang itu ker? Saya terangkan pada abang Idham yang tu bukan saya dan kami sama-sama gelak.
“Kalau difikirkan, masa tu saya pergi bercuti dengan keluarga saya. Lagipun masa saya pergi tu adalah time cuti sekolah. Tambahan ada banyak rombongan sekolah kat situ. Kalau saya pakai bikini, nampak lah yang saya tak hormat orang keliling saya. Tapi walaupun jadi isu, saya tak delete gambar tu. Gambar tu sangatlah bukan saya sebab lengan perempuan tu kecil berbanding lengan saya”, ujarnya dengan panjang lebar.
Dalam pada itu mengenai perkembangan terbaru, Nelydia baru saja selesai menjalani penggambaran filem arahan Ahmad Idham, Cinderella.
Kini dia sibuk di lokasi drama bersiri Syurga Tanpa Bidadari, yang akan ditayangkan di TV3 mulai 14 Ogos nanti. Selain, dia juga akan memulakan penggambaran telemovie khas sempena Aidilfitri, Setia Hujung Nyawa Raya, pada Julai ini.
No comments:
Post a Comment