Pages

Sunday, June 9, 2013

Chef Riz Idam Keluarga Bahagia Seperti Serina

nadzriSiapa yang tidak mengenali figura bernama Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Riz ini.

Bakatnya dalam bidang masakan nyata saling tak tumpah seperti idolanya iaitu bapanya sendiri, Chef Wan.

Dia yang pernah menjadi juri dalam program masakan Masterchef turut pernah mengalami kegagalan dalam rumahtangga seperti kedua ibu bapanya.

Dirinya kurang bernasib baik seperti adiknya, Serina Redzuawan yang kini meniti kebahagiaan dan sudah pun menimang dua cahayamata hasil perkahwinannya dengan jejaka Inggeris.

Bercakap mengenai jodohnya selepas ini, Chef Riz berkata, “apa yang mampu saya lakukan adalah bersabar, mengambilnya sebagai sesuatu yang positif dan berdoa supaya Tuhan mempertemukan jodoh terakhir kepada saya.  Jika saya tidak berubah dan bangkit mengatasi kekecewaan siapa lagi yang akan menolong.  Saya sentiasa melihat ayah yang berpisah dengan ibu sebagai idola.  Sehingga kini mereka masih rapat sebagai kawan

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...