Mungkin tiada siapa menyangka Arab Saudi mempunyai penjara paling mewah ..
didalam dunia. Mungkin penjara ini antara penjara yang paling Amerika Syarikat "benci" kerana inilah penjara yang dikhaskan untuk tahanan Al Qaeda.Berbeza dengan tahanan Al Qaeda di Teluk Guantanamo yang diselia Amerika Syarikat, tahanan khas untuk militan al-Qaeda yang ditangkap di Arab Saudi dikatakan tidak berdepan sebarang masaalah langsung, bahkan boleh dikatakan sebagai penjara yang sangat menyenangkan hati.
Menerusi penjara khas di Arab Saudi, para tahanan diberi peluang menjalani pemulihan di sebuah pusat 'pemulihan mewah' yang jarang dirasai oleh tahanan lain.
Menerusi apa yang diberikan, pihak berkuasa Saudi berharap, suasana mewah pusat tahanan itu dapat menarik militan al-Qaeda kembali ke pangkal jalan melalui kaunseling, rawatan spa serta riadah.
Diberitakan, pusat tahanan itu dibina lengkap dengan kemudahan kolam renang tertutup bersaiz Olimpik, sauna, meja snuker, gimnasium dan dewan menonton televisyen.
Tahanan berkelakuan baik mungkin diberi cuti dua hari untuk bertemu keluarga di sebuah suite khas di dalam kompleks berkenaan.
Menurut pengarahnya, Said al-Bishi berkata, pusat tahanan terbaru di Riyadh itu akan menempatkan tahanan yang mempunyai cita rasa mewah sebagai galakan supaya lebih bersederhana dalam memahami agama.
"Banduan terbabit dikehendaki menghadiri kaunseling mengenai Islam untuk mendidik mereka memperbetulkan salah faham yang dilakukan melalui jihad," katanya.
Menurutnya, dalam usaha memerangi keganasan, mereka perlu diberi keseimbangan intelektual dan psikologi. Tetapi, tidak semua tahanan bersedia menerima pendidikan di sini.
"Kira-kira 10 peratus banduan melalui program di sini kembali ke kumpulan militan masing-masing. Ada beberapa individu berprofil tinggi menjadi lebih ganas,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini seramai 2,336 tahanan al-Qaeda pernah menjalani rawatan di situ.
No comments:
Post a Comment