Pages

Thursday, June 6, 2013

‘Adik mandi semula

xpix_gal1.pagespeed.ic.I4Ttq56iBRKAKITANGAN Hospital Tampin memangku mayat mangsa.

Melaka: Percutian enam sekeluarga sempena cuti persekolahan bertukar tragedi ..

apabila seorang ahli keluarga perempuan berusia empat tahun ditemui lemas di dalam kolam renang di sebuah rumah peranginan di sekitar negeri ini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Hannah Adeena Shaipuddin yang sedang mandi di kolam belakang rumah berkenaan dipercayai lemas sebelum ditemui dua ahli keluarganya di dasar kolam terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian, bapa mangsa, Shaipuddin Shafie, 47, sedang bermesyuarat di Jasin, manakala ibunya, Saripah Gani, 41, menghantar anak sulung mereka, Shafizal Azrin, 18, mendaftar di sebuah kolej di negeri ini.
Sumber berkata, ketika kejadian dua kakak mangsa, Nursyara Adzmin, 16, dan Nursyara Batrisya, 13, serta abang, Nazhan Yusof, 10, berada di dalam rumah sebelum menyedari ketiadaan kanak-kanak itu.

Empat beradik itu dipercayai sudah mandi di kolam berkenaan sebelum masuk ke dalam rumah, tetapi seorang daripada mereka pelik apabila menyedari ketiadaan mangsa.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...