SEORANGwanita di China hanya mampu terbaring dan terduduk ketika dirinya diragut oleh dua orang lelaki di sebuah perhentian bas
Ternyata, kedua-dua peragut itu berani melakukan tindakan terkutuk itu secara terang-terangan di hadapan orang ramai yang lalu lalang di kawasan awam tersebut.
Kejadian itu telah berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan berhampiran.
Melalui video itu juga menunjukkan orang awam yang berada di tempat kejadian pun seakan tidak menghiraukan insiden yang berlaku atau pun mereka enggan masuk campur kerana dikhuatiri diri mereka akan diapa-apakan oleh peragut tersebut.
Buat semua, terutama buat kaum wanita, sentiasalah berhati-hati dengan persekitaran anda kerana malang sememangnya tidak berbau dan peragut kini sudah semakin berani melakukan apa sahaja demi melampiaskan kejahatan yang telah dirancang oleh mereka itu.
Sekarang ini penjenayah menjadi semakin berani untuk melakukan kegiatan terkutuk.Jadi diharapkan kepada kita semua agar lebih berhati-hati terutamanya kepada kaum hawa,warga tua.
No comments:
Post a Comment