Pages

Tuesday, May 14, 2013

Wanita berbogel gemparkan penduduk

imageLUBUK KAWAH - Seorang wanita dipercayai kurang siuman menggemparkan penduduk kampung ini apabila berjalan kaki di tepi jalan utama dekat Masjid Lubuk Kawah , dalam keadaan bogel,

Wanita dipercayai berusia 40-an itu dilihat berbogel menyebabkan orang ramai menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Menurut sumber, penduduk kampung telah memberikan sepasang baju kurung kepada wanita yang tidak diketahui identiti itu sebelum dibawa ke Balai Polis Jertih oleh anggota polis.
Difahamkan usaha pihak polis mendapatkan maklumat diri dan keluarga wanita berkenaan gagal kerana wanita terbabit enggan bercakap.
Orang ramai juga memaklumkan tidak pernah melihat kelibat wanita berkenaan sebelum ini di kawasan Jertih dan usaha mengesan warisnya sedang dilakukan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...