Pages

Monday, May 6, 2013

Tinggal Pelamin Sekejap

xpix_gal1.pagespeed.ic.N7exW7dC4CKami ke pusat mengundi ketika majlis persandingan masih berlangsung

di Kampung Sri Bahagia, Taman Saujana, Plentong, jam 4 petang hari ini.(Dari kiri) Mohamad Hapis Samad, 22, bersama pasanganya, Rozalia Abdullah, 22 dan kembarnya, Rozaimah Abdullah, 22, dan pasangan, Amiruddin Shah Hasni, 22, keluar dari pusat mengundi di Dewan Serbaguna Taman Desa Harmoni, di Taman Molek. FOTO Nurul Shafina Jemenon."Kami mencuri masa kira-kira sejam untuk mengundi di Dewan Raya Taman Desa Harmoni sebelum pulang untuk bersama jemputan," kata Rozaimah Abdullah, 22, yang bergelar raja sehari, semalam.
Rozaimah dan kembarnya, Rozalia bersanding bersama pasangan masing-masing, Amirudin Shah Hasni, 22, serta Mohamad Hapis Samad, 22, semalam.
Uniknya, keempat-empatnya bertugas di tempat sama iaitu di GE Printing Sdn Bhd.
Menurut Rozaimah, dia dan Rozalia hanya mengambil masa kurang 10 minit untuk mengundi.
"Kami gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawab kepada negara walaupun ia dibuat pada hari persandingan kami," katanya.
Sementara itu, Rozalia berkata, mereka merancang untuk berkahwin pada awal tahun ini dan sudah mengedar kad jemputan perkahwinan tiga bulan lalu.
Rozalia berkata, walaupun pada awalnya agak bimbang kerana tarikh perkahwinan berjalan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), mereka bersyukur kerana majlis berkenaan dimeriahkan lebih kehairan lebih 1,000 tetamu.
"Kami bangga kerana dapat memulakan hidup baru pada hari yang bersejarah ini,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...