Pages

Monday, May 6, 2013

Siti, Tomok teruja undi kali pertama

 

imageKUALA LUMPUR -

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan penyanyi terkenal, Tomok teruja mengundi buat kali pertama

Ketibaan Siti di Sekolah Kebangsaan Alam Damai pada jam 11.30 pagi ditemani pengurusnya, Rozi Abdul Razak mendapat perhatian ramai.
Menurutnya, siapa pun yang bakal menjadi pemimpin haruslah bertanggungjawab terhadap rakyat.
“Mereka yang dipilih perlu bekerja keras dan tahu akan tanggungjawabnya membela nasib rakyat.
“Rakyat perlu terima keputusan dibuat dengan tenang, kerana proses (pilihan raya) seperti ini berlaku di negara lain juga,” katanya.
Isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu mengingatkan orang ramai untuk kekalkan keharmonian dan keamanan negara.Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang tiba seorang diri di pusat pengundian sama turut teruja untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap negara.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...