Pages

Saturday, May 11, 2013

TEKA APAKAH DI DALAM PERUT WANITA INI?

derpys_01Ianya sebahagian tenkorak kepala beliau. Jamie, ibu kepada tiga orang anak ini mengalami kecederaan teruk pada kepala beliau setelah

terjatuh dari ketinggian 12 kaki Jun lalu. Apabila tiba di hospital doktor mendapati otak beliau mula membengkak dan bagi mengurangkan tekanan di dalam tengkorak, 25% tengkorak kepala beliau dibuang. Sementara menunggu otak Jamie kembali normal, bahagian tengkorak beliau disimpan di bahagian abdomen selama 42 hari bagi memastikan ianya boleh disambungkan semula. Sepanjang tempoh tersebut Jamie terpaksa memakai topi keledar untuk mengelakkan kecederaan pada kepala beliau.
Ogos lalu bahagian tengkorak Jamie dikembalikan semula ke bahagian kepala. Beliu kini kembali bekerja tetapi dengan satu kesan sampingan dimana deria rasa dan bau beliau kini masih belum pulih sepenuhnya. Diharap Jamie dapat kembali normal selepas ini.
 

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...