MAK Lawa, Anak Cun’, judul artikel yang diterbitkan Metro Ahad pada 28 April 2012, boleh disifatkan titik permulaan di mana umum buat kali pertama dapat menatap wajah ibu kepada artis popular, Noor Neelofa
Mohd Noor, 24, iaitu Noor Kartini Nor Mohamad, 47.
Artikel itu secara tidak langsung mendedahkan rahsia kecantikan yang diwarisi Neelofa daripada ibunya di mana artikel itu turut menampilkan pelakon Anzalna dan Rozita Che Wan untuk berbicara isu yang sama.
Melalui pendedahan itu, memberi impak besar kepada ibu Lofa sehingga turut merasai tempias populariti anaknya. Bersempena sambutan Hari Ibu bakal diraikan esok (Ahad), Harian Metro mengaturkan fotografi bersama pasangan ibu dan anak yang glamor ini.
Kesempatan mendalami kisah kehidupan mereka yang cukup menarik menemukan lebih banyak kesamaan antara ibu dan anak ini.
“Melihat Lofa seperti melihat diri saya sendiri. Jiwa saya seperti ada dalam dirinya,” lembut bicara Tini saat ditanya apakah persamaan ketara di antara mereka.
Mengakui puterinya itu seorang yang tabah sama seperti sifat yang ada padanya, kedua-duanya juga adalah anak ketiga dalam keluarga.
Malah ibu dan anak ini berkongsi satu lagi persamaan iaitu suka berniaga. Perniagaan sedang rancak dan hangat dijalankan mereka tentunya produk makanan sampingan, Bella Vita yang mendapat sambutan luar biasa serta bakal melancarkan satu lagi produk tidak lama lagi.
Perniagaan keluarga ini dicetuskan Lofa, bukan saja sebagai persediaan masa depan, namun, salah satu cara untuk terus mengeratkan hubungan kekeluargaan menerusi tanggungjawab terhadap perniagaan yang diuruskan bersama.
Namun lebih memikat hati penulis daripada semua persamaan yang ada, tentunya pendedahan Tini mengenai siapa Neelofa di mata ibunya kerana sesungguhnya, hanya seorang ibu lebih kenal akan anaknya sendiri. Yang mana kenyataan bakal disingkap, barangkali belum pernah diutarakan.
“Saya ada 10 anak dan yang bongsu meninggal dalam kandungan. Namun berbalik pada soalan, Lofa sejak kecil memang mudah menjaganya kerana dia tidak banyak kerenah, tidak pernah merungut, cepat belajar dan taat pada orang tua.
“Bukan mahu memuji anak sendiri, tetapi Lofa saya juga sifatkan anak yang rajin. Waktu dia berada di sekolah rendah iaitu mulai tahun satu hingga enam, selepas tamat sekolah, Lofa terikat dengan tuisyen dari jam 2 hingga 4 petang.
“Balik rumah sebelum sambung kelas tuisyen untuk subjek lain pula sebelah malam, dia manfaatkan dua, tiga jam untuk siapkan kerja sekolah.
“Kalau sekarang ini orang kata dia kuat kerja, sebenarnya sikap itu sudah lama ada dalam dirinya sejak kecil lagi. Lofa juga seorang anak yang susah nak berkongsi masalah walaupun hati ibu, saya dapat merasakan sesuatu.
“Saya selalu mendapat alamat melalui mimpi Lofa menangis dan apabila saya terjaga saya tahu bahawa Lofa sedang mengalami masalahLofa adalah anak ketiga daripada lima beradik hasil perkahwinan pertama Tini dan bekas suaminya.
. Cerita di sebalik nama Neelofa
Neelofa yang maksudnya cahaya bunga biru adalah sepotong nama yang cukup indah lagi sepadan buat gadis secantik Lofa. Nama itu, secara peribadi adalah pilihan ibunya.
“Saya ada kenalan keluarga berbangsa Pakistan di Kelantan. Mereka ada anak perempuan dan semuanya cantik-cantik belaka. Salah seorang daripada anak kenalan saya itu namanya Neelofa.
“Apabila mendengar namanya, saya terus terdetik jika bayi dalam kandungan saya ini anak perempuan dan kebetulan saya mangandungkan Lofa waktu itu, saya mahu namakannya Neelofa,”
No comments:
Post a Comment