KUALA TERENGGANU – Personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman, 33, selamat diijabkabulkan dengan
bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang tadi.
Pasangan pengantin yang mengenakan persalinan indah beRwarna putih dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.
Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.
Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen TTI jam 8.30 malam ini, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment