Pages

Saturday, May 25, 2013

Kakak Anzalna Nasir Penyebab Fizo Omar Putus Cinta

Kakak-Anzalna-Nasir-Penyebab-Fizo-Omar-Putus-CintaKakak kepada pelakon hot dan jelita, Anzalna Nasir iaitu Diana mengakui memang berkawan rapat dengan Fizo Omar. Namun ..

wanita ini menafikan sekeras-kerasnya khabar angin mengatakan dia lah yang menjadi penyebab pelakon kacak itu putus cinta baru-baru ini.

Ada pihak yang mendakwa Diana menjadi orang ketiga dalam hubungan Fizo dan Haas, memandangkan Diana pernah digosipkan dengan Fizo sikit masa dulu walaupun laporan media mengatakan disebaliknya.

“Saya orang ketiga? Tidak lah! Kejamnya soalan awak ni… “, kata Diana menafikan perkara ini.

“Saya tak mahu komen panjang benda ni, nanti orang akan lagi lah tambah cakap yang bukan-bukan. Ya, kami memang kawan rapat sejak dua tahun lalu. Tapi saya bukan orang ketiga, okay. Tak benar! Sejak akhir-akhir ni kami pun jarang berjumpa, cuma kadang-kadang ada lah BBM (Blackberry Messanger) atau Whats app dia. Saya pun tak mahu lah kacau dia sebab dia dah ada kekasih.

“Tapi bila keluar berita dia berpisah, saya dah dapat agak dah, orang mesti nak kaitkan saya, kata Diana Nasir orang ketiga lah… dan sebagainya. Padahal saya bukan orang ketiga, okay. Dakwaan tu tak benar. Tapi apa nak buat… saya terima dan biarkan saja lah. Mulut orang kan… lantak lah”, ujarnya yang turut memberitahu cukup selesa berkawan dengan Fizo

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...