Pages

Thursday, May 16, 2013

Melissa Francis penyanyi Iban paling popular di Sarawak

224577_429211800475920_572910670_nBelum terlambat rasanya hendak mengucapkan tahniah kepada Mellisa Francis yang telah memenangi

anugerah Artis Wanita Paling Stylo pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang lalu. Rasanya beliau merupakan artis Iban paling popular di Sarawak. Tidak dapat dinafikan beliau juga mempunyai kelompok peminat yang tersendiri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, sehinggakan budak sekolah rendah pun begitu menyukai lagu dendangan beliau.

Apatah lagi dengan keluaran terbaru album beliau yang kini telah dipasarkan di Sarawak. Ia juga merupakan album terakhir beliau dengan syarikat Panggau Buluh Pengerindu sebelum beralih ke syarikat beliau sendiri. Adalah tidak mustahil jika Mellisa menerbitkan album Melayu akan menimbulkan fenomena di kalanagn peminat tempatan pada satu masa nanti kerana kedudukan Mellisa telahpun kukuh di persada musik di Sarawak.

Apa-apapun tahniah buat Mellisa dan wajar dijadikan contoh buat penyanyi baru di Sarawak.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...