Pages

Saturday, June 29, 2013

SUBHANALLAH! API MISTERI BAKAR PELUKIS KARTUN HINA NABI MUHAMMAD!!!

DALAM laporan siasatan sebuah akhbar  yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa bahawa Kurt Westergaard, kartunis Denmark yang menggemparkan dunia Islam kerana
menghina Nabi Muhammad SAW dalam karikaturnya, telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran.
Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya  untuk menyembunyikan kematiannya yang telah membuatkan seluruh umat Islam seluruh dunia marah  dengan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Rentetan dari itu kartunis ini telah menerima ancaman dari  seluruh dunia yang marah kerana penerbitan yang berulang-ulang di akhbar Eropah.
Pada Februari 2008, tiga warga Arab telah ditangkap kerana tuduhan penglibatan mereka dalam yang merancang kematian Kurt. Seorang lelaki Somalia telah juga cuba menikam beliau  tetapi polis berjaya  menyelamatkan beliau.
gambar hiasan
Laporan siasatan berkata, kejadian itu berlaku di mana Westergaard telah terbakar serius dan mati di tempat kejadian dan kejadian berlaku dalam biliknya, anehnya, bilik itu telah di kawal ketat tanpa sesiapa pun boleh masuk…. bagaimana dia boleh terbakar? takkan pengawal di luar rumah x perasan?? misteri kematiannya x terungkai dan yang paling penting ia di rahsiakan dari pengetahuan umum.
Laporan itu juga mendakwa bahawa beberapa saksi-saksi juga bersedia untuk memberi keterangan tentang apa yang berlaku. Pihak berkuasa Denmark  setakat ini tidak dapat mencari sebarang punca mengenai  api tersebut, sambil menganggap ini adalah konspirasi dari luar yang ingin membunuh kartunis tersebut.
Menurut BBC, sebanyak dua belas orang yang terlibat dalam penerbitan karikatur menghina Nabi Muhammad, tetapi semua mereka, kecuali Kurt, telah memilih untuk bersembunyi untuk melarikan diri dari kemarahan awam selepas umat Islam di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan bantahan yang dihadiri oleh berjuta-juta orang. Orang2 di Malaysia juga telah menyertai saudara-saudara mereka seperti orang-orang di Indonesia, Bangladesh, India dan banyak negara-negara Arab untuk menyatakan bantahan terhadap konspirasi untuk memburuk-burukkan Agama Islam .
Yang membuatkan lagi ramai umat Islam kesal ialah beliau tidak menyesal dengan apa yg di lakukan.
Akhbar Saudi berkata kematian Kurt menunjukkan betapa kekuasaan  Allah SWT,  walaupun di kawal ketat dan di tempatkan di dalam bilik yg selamat, tiada dapat menyelamatkan dia dari balasan dan azab dari Allah Taala.
bilik pelukis laknat.. yg di dakwa tempat di mana ia mati terbakar….wallahualaam…
yang ni gambar di dakwa kartunis tersebut namun kesahihannya x dpt di pastikan…..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...