Pages

Monday, May 20, 2013

Kepala Babi Dalam Loker Baju Pemain Stoke City

Kenwyne-Jones-565x353London – Pengurusan kelab Stoke City melancarkan siasatan selepas kepala babi yang masih berdarah ditemui dalam lokar pemain Kenwyne Jones,

yang juga penyerang berasal dari Trinidad and Tobago.

Kepala babi itu ditemui oleh Jones ketika dia membuka lokarnya.

Marah dengan guarauan jijik itu, Jones, 28, kemudiannya dilaporkan telah membaling batu ke atas kereta Cleen Whelan, kerana didakwa sebagai dalang insiden berkenaan..

Susulan itu, pengurus pasukan berkenaan, Tony Pulis terpaksa menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan.

“Secara jujurnya saya tidak tahu apa yang berlaku pagi ini dan saya terlepas insiden berkenaan.

“Saya cuba menjauhi bilik persalinan dan membiarkan pemain berada di dalamnya.

“Kita akan melihat perkara ini esok dan saya akan menyiasat perkara sebenar, dan saya akan maklumkan kepada semua apa yang sebenarnya terjadi,’’ kata Pulis.

Kejadian itu juga mendatangkan kemarahan kepada teman wanita Jones iaitu Kissa Abdullah yang kemudiannya melepaskan kemarahan kepada rakan sepasukan Jones melalui twitter.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas bekas penyerang Stoke, Michael Owen juga menerima nasib yang sama akibat gurauan kejam daripada rakan sepasukannya.

Owen, 33, yang akan bersara daripada bola sepak selepas kunjungan ke Southampton, bernasib malang apabila kereta Mercedes C63 miliknya telah dibaling telur dan tepung.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...