Pages

Monday, May 20, 2013

Inilah Video Yang Memperlihatkan Adam Adli Terang-Terangan Menghasut!


Seperti yang kita tahu, mamat Adam Adli sudah ditahan polis semalam kerana menghasut.
Dalam klip di bawah, mamat itu berkata,
5 Mei menyaksikan berlaku penipuan dalam pilihan raya.
Namun, dia tidak menjelaskan penipuan yang dimaksudkan itu. Buktinya mana?
Yang kita dengar sejak beberapa minggu lalu hanyalah penipuan dan fitnah yang direka-reka di Facebook dan media sosial lain mengenai penipuan yang didakwa berlaku.
Belum ada satu pemerhati antarabangsa atau konsulat luar yang membuat kenyataan mengatakan pilihan raya umum di negara ini adalah tidak adil atau berlaku penipuan.
Yang kita dengar hanyalah dari mulut dan mesin propaganda pembangkang semata-mata.
50,000 Bangladesh mengundi?
Dengan saringan macam babi gila yang dibuat pihak DAP di seluruh negara, ada jumpa 50 Bangla pun ke yang pergi mengundi?
Setakat ini dah berapa ramai yang kita lihat adalah rakyat Malaysia berketurunan India atau mamak yang dinafikan hak untuk mengundi sebenarnya pada 5 Mei?
Bas bawa pekerja Bangladesh ditahan dan pekerja dipukul dan didakwa pengundi hantu…mereka dalam perjalanan pergi kerjalah wei…itu hasil siasatan polis yang tidak mampu dinafikan pembangkang sehingga hari ini.
Beberapa video yang keluar di Yotube dengan nyata memperlihatkan kebodohan pembangkang dalam menipu rakyat. Ada ke Bangla datang ke tempat pengundian sambil memegang kad pengenalan palsu dengan jelas di tangan kononnya mahu mengundi BN?
Berapalah diaorang bayar atau macam manalah diaorang bodohkan Bangla tu untuk pergi ke pusat mengundi dambil memegang kad pengenalan palsu…
Bangla terang-terangan akan kantoi la kalau datang mengundi haram…lainlah pendatang Tanah Besar Cina yang didakwa dibawa DAP untuk mengundi…memang susah nak bezakan dengan Cina Malaysia yang rata-rata tak reti cakap Melayu juga walaupun sudah bergenerasi duduk di negara ini.
Menipulah cara yang masuk akal sikit…
Satu lagi pasal blackout… kat mana? Dengar kata kalau ada pun satu kes di Pasir Gudang (itu pun tak dapat disahkan sepenuhnya)…itu pun Lim Kit Siang menang… yang lain satu negara jenuh polis dengan TNB cuba kesan tak jumpa apa pun.
Lagi best…setengah jam selepas kes blackout mula diperkatakan, satu parodi untuk menyindir kejadian itu timbul dan dimuat naik ke Youtube…
Wah…cepatnya dapat idea nak buat parodi, nak arah, nak edit, nak upload dalam setengah jam…klik dan baca Kantoi Terbesar Cybertroper DAP Pasca PRU-13!
Semua itu nyata telah dirancang berminggu lebih awal oleh para cybertropers DAP untuk memastikan wujud persepsi bahawa BN menang pilihan raya umum ke-13 dengan menipu.
Bila parodi keluar hanya setengah jam selepas kejadian blackout mula diperkatakan..terang-terangan semua itu telah dirancang.
Beg kertas undi dibuang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari helikopter… Cina DAP yang buat cerita tu sama ada high candu atau pil ektasi.
Siap ada gambar beg yang dimaksudkan…cantik…bersih…tak koyak apa dibuang dari helikopter…
Lagi sekali…kalau nak menipu pun biarlah nampak berakal sikit…
Pasal dakwat tidak kekal…so what? Tahu tak berapa lama nak tunggu kat satu-satu pusat mengundi pada 5 Mei lalu?
Jumlah pengundi yang terlalu ramai menyebabkan setiap pengundi terpaksa menunggu hampir 2 hingga 4 jam…lepas undi…nak cuci jari bersungguh-sungguh dan pergi mengundi lagi sekali?
Kalau iye pun begitu… berapa ramai yang boleh mengundi berulang kali? Dan ingat senang nak mengundi dua kali…kali pertama mengundi nama sudah disebut kuat dan digariskan dari daftar pemilih…
Bebudak yang bising dan banyak cerita pasal pengundi hantu ni pernah ke keluar mengundi? Tahu tak proses mengundi itu macam mana atau share dan komen aje penipuan cybertropers DAP kat Facebook dan Twitter?
Semua isu termasuk pengundian awal dan pengundian pos sudah diperincikan dengan begitu baik sekali oleh SPR.
Berbalik kepada Adam Adli ni…memang patutlah dia kena tahan di bawah Akta Hasutan.
Video ini jelas memperlihatkan dia berbuat demikian…
Hanya berkata berlaku penipuan….PENIPUAN APA? Lepas itu ajak orang turun ke jalanan… suruh tumbangkan kerajaan dengan kekerasan.
Ada penyokong Adam Adli ni komen kata dia hanya berkata yang benar…
Bapak kau benar… mana bukti penipuan? Lepas tu hasut suruh buat huru-hara… itu kebenaran apa?
Makan minum cukup…tempat tinggal ada…buat apa nak ke jalanan? Hanya untuk memastikan impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri tercapai? Teringin sangat nak jadi kuda Anwar Ibrahim?
Kalau benar ada penipuan, penulis sendiri antara yang terawal akan menyokong perjuangan Anwar…tapi kalau apa yang dikatakan penipuan itu sendirilah sebenarnya satu bentuk penipuan….baik kita jauhkan diri…
Penulis dan jutaan rakyat yang lain telah melaksanakan tanggungjawab demokrasi pada 5 Mei lalu… keputusan sudah diketahui… sekarang penulis mahu Malaysia yang aman supaya penulis dan keluarga dapat hidup dengan sentosa…jutaan yang lain pun mahukan benda yang sama.
Tak perlu la jadi hamba Anwar Ibrahim yang kepingin sangat hendak menjadi Perdana Menteri…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...