Pages

Friday, May 3, 2013

Izzue Islam Umum Bakal Nikahi Pengurusnya (Awin Nurin) 2 Jun Ini

izzue-islam-dan bakal isterinya awin nurin (1)Siapa tak kenal pelakon putih melepak yang berasal daripada negeri Che Siti Wan Kembang iaitu Izzue Islam

yang sedang meningkat naik dan sering dapat dilihat di kaca TV sekarang.

Izzue telah mengesahkan bahawa dia bakal melansungkan pernikahan pada 2 Jun nanti dengan pengurusnya sendiri iaitu Awin Nurin. Majlis pernikahan dan persandingannya bakal berlansung serentak pada hari yang sama.

Izzue yang juga ahli kumpulan Forteen memberitahu pemilihan tarikh istimewa itu adalah kerana tarikh tersebut juga merupakan tarikh ulangtahunnya yang ke-24. Menjawab persoalan mengenai dakwaan dia dikatakan berbohong tentang hubungan cintanya, Izzue menjawab;

“Ketika gosip itu tersebar, saya tidak mengiyakan dan menidakkan kerana ketika itu semuanya masih belum pasti dan apabila kami sama-sama mengambil keputusan untuk bernikah, barulah saya mula bercerita.” Jelas Izzue.

Biarpun dia telah berkahwin kelak, Izzue berharap peminat terus menyokong kerjaya seninya dan juga mengharapkan peminat dapat mendoakan kebahagiaannya.

Sumber

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...