Pages

Friday, May 31, 2013

Hanez Suraya Takut Peminat Bercinta Dengan Awi Rafael

images (1)Sebagai seorang artis, semestinya sukar untuk melarikan diri daripada dibicarakan soal personal.

Kerana itu pelakon Hanez Suraya berfikir, lebih elok kiranya dia berterus terang tentang hubungan cintanya bersama kekasih hati, Awi Rafael.

“Bagi saya hubungan kami berjalan dengan baik dan tidak ada apa-apa yang hendak disorokkan. Sebabnya kalau lagi disorok sesuatu hubungan itu, saya takut nanti orang akan menyampah. Kenapa perlu berahsia kerana lambat laun orang akan tahu juga nanti.

hanez suraya1

“Saya juga tidak gentar dengan persepsi orang tentang hubungan kami,” katanya yakin. Mengenai sejauh mana seriusnya hubungan itu berjalan ketika ini, menurut pelakon drama bersiri Sedetik Cinta ini, ia sudah sampai ke pengetahuan keluarga.

“Kami sudah setahun menjalin hubungan yang agak intim, jadi sudah perlu memaklumkan kepada keluarga. Kami beruntung kerana keluarga saya juga merestui hubungan kami ini, sebab itu sekarang adalah masanya untuk kami berterus terang,” beritahu Hanez. Percaya siapa juga pilihannya, Hanez gembira kerana keluarganya tidak melarang apa juga pilihan yang dia inginkan.

“Dulu pun, emak saya beri dua pilihan iaitu belajar atau bekerja. Saya pilih bekerja dan apabila sudah berdikari maka saya juga membuat persiapan untuk membina masa depan sendiri pula termasuklah dalam soal dengan siapa saya berkawan,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...