Pages

Friday, May 31, 2013

Aaron Aziz Malu-Malu Pula Bila Tahu Luna Maya Minat Padanya

aaron aziz dan luna mayaSelepas mengetahui tentang aktres cantik dari Indonesia begitu meminati lakonan Aaron Aziz,

portal murai.com.my terus mendapatkan maklum balas daripada aktor kacak berkenaan mengenai perkara tersebut.

Aaron Aziz yang ditemui pada majlis tayangan perdana LARI pada malam Khamis lalu nyata terkejut apabila diberitahu mengenai pengakuan Luna Maya itu.
"Luna Maya? Aktres popular dari Indonesia tu minat saya? Alamak! Macam tak percaya...Macam mana orang popular macam dia boleh kenal saya? Dia tengok saya berlakon filem apa ya...?" kata Aaron dalam nada terkejut.
Selepas dijelaskan kepada Aaron bahawa Luna Maya mengenalinya melalui filem aksi KL Gangster, dan jatuh cinta dengan lakonannya di dalam filem arahan Shamsul Yusof itu, pelakon kacak ini hanya tersenyum malu.
Malah, Aaron juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Luna kerana memuji bakat lakonannya dan sangat berbesar hati apabila mengetahui pelakon,pengacara dan model terkenal Indonesia itu teringin berlakon bersama.
"Saya sangat berbesar hati apabila Luna menyatakan kesudiannya untuk bergandingan dengan saya di dalam filem, maklumlah dia popular...Macammanapun, saya juga tidak keberatan jika ada produser atau pengarah filem mahu menggandingkan kami bersama.
"Apa salahnyakan...manalah tahu kerjasama di antara saya dan Luna nanti secara tak langsung dapat menjalinkan kolobrasi di antara industri filem Malaysia dan Indonesia, itu kan satu jalinan kerjasama yang positif.
"Kepada Luna, terima kasih banyak-banyak kerana tonton lakonan saya...Filem aksi terbaru saya, judulnya LARI, jangan lupa tonton ya! " tambahnya ketawa.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...