Pages

Friday, May 3, 2013

Eksklusif- Gambar Bakal Isteri Jehan Miskin

jehanPelakon Jehan Miskin berharap tiada pihak yang berkecil hati jika tidak mendapat undangan ke majlis pernikahannya dengan

gadis Korea pada Sabtu ini (esok) kerana ia diadakan untuk keluarga dan teman rapat sahaja.

"Saya dengan bakal isteri hanya mahu mengadakan sebuah majlis yang sederhana agar kami dapat melayan semua tetamu yang dijemput.

"Lagipun ia merupakan hari bersejarah buat kami, jadi kami inginkan sesuatu yang istimewa buat keluarga dan teman-teman yang susah-senang bersama kami," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

< GAMBAR ISTERI JEHAN MISKIN> SINI <

Majlis akad nikah akan diadakan di Carcosa Seri Negara dekat sini kira-kira pukul 2 petang dan selepas itu disusuli dengan majlis bersanding dan minum petang.

Pada majlis tersebut, Jehan akan mengenakan sut tajaan Bon Zainal manakala pakaian bakal isterinya itu ditaja oleh Zaterra dan Celest Thoi.

Jehan enggan mendedahkan siapa bakal isterinya sehinggalah pada hari pernikahan itu nanti.

Katanya, perancangan perkahwinan itu sudah bermula sejak tiga hingga empat bulan lepas dan pada masa sama dia sibuk dengan kerja-kerja pengarahan drama seram, What If.

"Mujurlah ada rakan-rakan yang membantu dalam persiapan perkahwinan saya. Saya juga gembira mempunyai pengurus perkahwinan yang bagus iaitu Zaid Sulaiman (Zahar Wedding Planner).

"Mereka menyenangkan kerja-kerja saya tatkala saya sibuk menyelesaikan tugasan penggambaran,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...