Pages

Thursday, May 2, 2013

Didik Budiarto, wakil TV3 di Jakarta meninggal dunia

JAKARTA 1 Mei -

Wakil stesen televisyen TV3 di Jakarta, Didik Budiarto, 54, meninggal dunia

.Mendiang yang sudah lebih sedekad menyumbang laporan berita dari Indonesia kepada stesen televisyen swasta pertama Malaysia itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 petang waktu tempatan.
Menurut anaknya, Kevin William Timothy, mendiang bapanya yang sedang menonton televisyen bersama seluruh ahli keluarga tiba-tiba mengadu kurang selesa dan meminta dibawa ke hospital.
"Namun begitu, sebaik tiba di hospital papa sudah tiada. Doktor juga tidak dapat berbuat apa-apa," kata Kevin kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.
Laporan berita terakhir yang sempat dikirim Didik kepada TV3 ialah mengenai pusat percutian Tangkuban Perahu di Bandung yang mula dibuka kepada orang ramai selepas ditutup sejak beberapa bulan lalu.
Mayat mendiang Didik akan dikebumikan pada Jumaat ini di Pondok Kelapa

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...