Pages

Thursday, May 2, 2013

Beritahu ibu diri diculik

image (1)

PUCHONG –

“Sarmila ada hubungi saya selepas dua hari dia hilang, dia menangis minta tolong tetapi…

panggilan itu terputus dan sehingga kini saya gagal menghubunginya semula,” kata P Vijaya Barathy, 40, ibu kepada seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak 24 April lalu.
Kata Vijaya, kali terakhir dia bertemu anaknya C Sarmila Devi selepas menghantar remaja perempuan berusia 17 tahun itu ke tempat kerjanya di sebuah pasar raya di Bandar Bukit Puchong.
Dakwanya, ketika hari anaknya dilaporkan hilang, pihak pasar raya ada menghubunginya dan memberitahu anaknya tidak masuk kerja kembali selepas rehat selama sejam.
Menurutnya, dia yang berasa tidak kena kemudian ke tempat anaknya bekerja dan mencari di sekitar kawasan namun gagal menemuinya.
Vijaya berkata, selepas dua hari hilang, Sarmila menghubunginya dan menceritakan apa yang terjadi sambil menangis teresak-esak.
Katanya, anak perempuannya memaklumkan dia ditarik masuk dua lelaki ke dalam sebuah kereta ketika berdiri di tepi tempat letak kereta pasar raya itu.
“Apabila saya tanya di mana dia berada, dia mendakwa tidak tahu sebelum panggilan telefon terputus secara tiba-tiba. Berulang kali saya cuba hubunginya selepas itu namun usaha berkenaan gagal kerana telefon bimbit dimatikan,”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...