Pages

Monday, May 6, 2013

Anak VIP Taja Kehidupan Diana Danielle?

DDAnak VIP  Taja Kehidupan Diana Danielle? -

Menerusi ruangan Desas Desus semalam, Zubir Yunus menyampaikan cerita yang dikhabarkan kehidupan Diana Danielle di Sydney, Australia ketika ini adalah atas tajaan seseorang.

Bukan VIP berpangkat tinggi, tetapi individu bermurah hati tersebut dikatakan, adalah kawan perempuan Diana Danielle sendiri yang juga merupakan anak kepada seseorang yang bergelar VIP.

Anak VIP tersebut juga khabarnya telah membawa pulang Diana Danielle secara rahsia ke Malaysia baru-baru  ini kerana kerajaan Australia tidak menggalakkan warga asing bersalin di negara tersebut.

Dalam tulisan yang sama, wartaran juga turut mempertikaikan sama ada benar Diana Danielle menyambung pelajaran di Sydney kerana kemaskini status serta gambar di Instagram mahu pun Twitter tidak selari.

Peminat sendiri boleh melihat yang Diana Danielle lebih kerap menulis tentang tips kecantikan  dan  menjual produk kecantikan dari menulis tentang kehidupan sebenar beliau sebagai pelajar disana.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...