Pages

Monday, April 29, 2013

ZAIN SAIDIN BUATKAN MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE-2 PANAS

zain-saidin-masterchef-2Dengan tagline Bila dapur menjadi panas, watak lain menjadi jelas, sememangnya banyak kontroversi yang melanda MCSM2

Salah satu kontroversi yang hangat diperkatakan ialah tindakan Zain Saidin yang meninggalkan dapur MCSM2. Membaca penjelasan Chef Jo di dalam Metro Ahad baru-baru ini, Antara kata-kata Chef Jo:-

Satu sikapnya yang saya perhatikan, apa saja orang cakap, semuanya tidak betul. Saya dikhabarkan, orang produksi turut dimarahinya apabila meminta dia menyalin resepi yang dimasak. Sepanjang terbabit dalam rancangan ini, saya nampak setiap kali apabila ke dapur MCSM2, dia akan ambil epal walaupun ia tidak digunakan dalam resipi. Dia akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja ambil susu di dapur dan minum dan bukan digunakan untuk memasak.

Malah menurut Chef Jo, ada juga kelakuan Zain seperti sengaja mencabar tahap kesabaran barisan juri. Contohnya, apabila Chef Zubir bercakap memberi arahan atau penerangan, dia akan memotong dan memberi alasan. Tambah Chef Jo lagi:-

Pada saya, Zain cuba menunjukkan satu karakter. Benar seperti apa moto digunakan musim ini, bila dapur panas, watal lain jadi jelas. Sikap ditunjukkan Zain dalam MCSM2 dibimbangi akan beri impak buruk kepada dirinya kerana remaja di luar memandang tinggi keperibadiannya sebagai guru di dalam Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...