Pages

Friday, April 12, 2013

Sanggup dinikahi lelaki mana saja demi kawan

Seorang gadis di negara China bersedia menikah dengan lelaki mana saja asal mahu membiayai pengubatan teman sekelasnya yang sedang sakit.
Berminat? Dan Dan, nama gadis berusia 22 tahun tersebut. Dia adalah mahasiswi sebuah universiti di Deshou, Shandong, China.
Melalui internet, dia mengumumkan Zhang Yuemei didiagnosa doktor mengidap encephalomyelitis, semacam radang otak. Yuemei juga menderita gangguan pada tulang belakang.
Menurut Dan Dan  , keluarga Yuemei tidak punya wang untuk berubat. Sementara kesihatan teman perempuannya itu semakin memburuk.
Orang tuanya hanya seorang petani. Mereka tidak sanggup untuk membiayai kos pembedahan yang cukup tinggi dan biaya perawatan setelah pembedahan,” tutur Dan Dan.
Dan Dan pun ingin berbuat sesuatu agar nyawa temannya itu dapat diselamatkan. Dia akan menerima lamaran lelaki mana pun yang bersedia menanggung kos pengubatan Yuemei. Jumlahnya 15 ribu poundsterling .
Usaha yang dilakukan Dan Dan juga mendapat kritikkan. Dia dianggap memanfaatkan keadaan temannya untuk mencari lelaki kaya. Namun, pihak Jinan Qilu Hospital, tempat Yuemei dirawat, menyokongnya
Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...