Pages

Sunday, April 28, 2013

Gambar Puteri Sarah Bertudung

Puteri-Sarah-BertudungBagi yang mengikuti pelakon cantik ini di Instagram dan Twitter miliknya, pasti perasan akan perubahan pada gambar profilnya

di mana memaparkan Puteri Sarah Liyana dengan imej berhijab, baru-baru ini. Malah, dia juga menerima banyak pertanyaan dan reaksi positif akan perubahan imejnya itu.

Sejujurnya dia belum lagi berhijab penuh. Sebaliknya gambar-gambar yang dimuat naik di Instagramnya itu  dijadikan sebagai motivasi diri untuk berubah dan berhijrah.  Dalam erti kata lain, gadis ini sedang belajar selangkah demi selangkah untuk memakai tudung penuh. 

Menurutnya, niat mahu berubah dengan berhijab sudah lama difikirkan iaitu sejak tahun lepas lagi.  Lebih-lebh lagi apabila merasakan kehidupannya seperti ada yang tidak kena dan hatinya sentiasa tidak senang. Bahkan adakala dia terfikir dan tertanya-tanya apakah perkara yang kurang itu.

Justeru, apabila masuk lembaran tahun 2013 dia berazam untuk berubah. Puteri Sarah memberitahu dia mula mencukupkan solat lima waktu dan mula memakai selendang.  Kini dia berasa gembira dan lebih tenang.

Puteri Sarah Bertudung
Puteri Sarah Bertudung
Puteri Sarah Bertudung
Puteri Sarah Bertudung
Puteri Sarah Bertudung

Tambahnya, memang sejak dari dulu lagi ibu bapa selalu menyuruhnya agar bertudung.  Namun ketika itu, dia tidak menghiraukan permintaan kedua orang tuanya itu.Tetapi sekaran kata Puteri Sarah, perubahan ini adalah atas kesedaran dirinya sendiri dan bukannya kerana mahu turutkan kehendak orang lain atau 'trend' masa kini. Selain cuba berhijrah dengan berhijab penuh, dia juga mula mengikut ibunya pergi ke majlis-majlis ceramah agama.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...