Pages

Tuesday, April 30, 2013

Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter?

Ammar-Alfian-Puteri-Sarah-sPasti ramai peminat dunia hiburan yang telah membaca kisah pendedahan Ammar Alfian terhadap bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana yang kini khabarnya bercinta dengan Syamsul Yusof.

Kalau di’teliti kata kata Ammar Alfian menerusi media & juga akaun Twitter milik beliau, pendedahan yang di’lakukan beliau semalam lebih bermotifkan membalas dendam daripada perkara lain.

Petang semalam, Ammar Alfian Aziz telah menulis sebaris ayat yang tidak secara langsung menyebut nama Syamsul Yusof tetapi sekali membaca pasti ramai boleh menjangka kepada siapa ianya di’tujukan.

Sul sul sul muke kemek lu memang mintak kena pukul, walawei wa leh jadik rapper cam lu puuuiiihhh,” maafkan bahasa rempit Ammar Alfian ini tetapi harap anda faham apa yang cuba di’sampaikan.

Tulisan itu bagaimana pun telah di’padam daripada akaun Twitter beliau tidak lama selepas itu. Anda boleh baca melalui screenshot yang sempat kami ambil di’bawah — dan beberapa tulisan lain.

Menurut sumber kami yang juga merupakan rakan baik kepada Ammar Alfian & Puteri Sarah Liyana sebelum ini, punca sebenar pendedahan yang di’lakukan tidak lain kerana bermotifkan sifat cemburu terhadap apa yang di’miliki bekas kekasihnya itu kini.

Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter 3 Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter?

Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter 2 Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter?

Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter 1 Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter?

Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter 4 Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter?

Rakan mereka berdua itu turut memaklumkan yang kehidupan Ammar Alfian sebelum ini banyak di’tanggung oleh Puteri Sarah Liyana memandangkan kerjaya seni aktor & model itu sendiri sebenarnya tidak menentu.

Sumber turut menyatakan yang Ammar Alfian sebenarnya masih memerlukan ‘cinta’ Puteri Sarah Liyana dalam hidupnya walaupun kini sudah mempunyai teman wanita baru bergelar model, Shella.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...