Pages

Sunday, September 23, 2012

Ubat rindu Matchbox Twenty



SELEPAS menyepi selama 10 tahun tanpa sebarang naskhah seni, kumpulan terkenal Amerika Syarikat, Matchbox Twenty melancarkan album North yang diharap menjadi penawar rindu buat para peminatnya.....

Sempat keluar dengan album retrospektif pada tahun 2007, namun North ialah sebuah album yang pastinya mendekatkan kembali Macthbox Twenty dengan para peminatnya.
Lagu Parade pada trek pertama membawa momen album perdana grup berasal Orlando ini kepada ingatan peminat terhadap mereka. Bunyi akustik gitar diikuti dengan vokal patah hati Rob Thomas adalah sebuah tandatangan sebenar Matchbox Twenty.
Trek kedua, She's So Mean merupakan single pertama album ini yang akan membuatkan para pencinta grup ini melekat dengan album ini. Sebuah lagu pop yang membawa mood klasik, bunyi Matchbox. Korus yang menangkap dengan melodi yang santai tetapi mempunyai susunan gitar dan dram yang kemas serta suara asli Rob menambahkan lagi keenakan lagu ini.
Lagu I Will di trek keenam dengan balutan gitar akustik memberikan mood nyaman dan menusuk. Ditambah dengan kekemasan string dan piano, lagu ini akan menangkap jiwa para pendengar dan menjadi lagu pilihan untuk album ini.
Menurut Rob selaku vokalis, album itu mempamerkan kelainan yang besar daripada segi penulisan. Terdahulu, Rob merupakan tunjang penulisan lagu tetapi untuk album North, Matchbox Twenty bersatu menulis. Proses ini tidak pernah dilakukan sebelum ini dan memberi kerjasama yang baik.
Dengan penyatuan empat kepala ini, dinamik penulisan grup ini berubah dan memberikan lebuh tekstur dan nuansa kepada lagu-lagu mereka.
Jujurnya, North merupakan buah tangan daripada rakan lama yang menambahkan kualiti persahabatan dalam lagu-lagu mereka. Mengembalikan kekuatan daripada segi kekuatan korus untuk lagu-lagu pop.
Komen Sofia: Suara Rob Thomas yang tersendiri itu sudah mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk album North.
Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...