Pages

Sunday, September 23, 2012

Kembar tak senasib

SEPULUH tahun lalu, pasangan kembar siam Josie Hull dan Teresa Cajas hidup dalam keadaan kepala mereka bercantum.Kini, ketika meraikan hari lahir ke-11, kedua-dua mereka hanya disatukan melalui pertalian darah....
.
sie dibedah untuk dipisahkan dalam prosedur mengambil masa kira-kira 23 jam.....

Selepas pembedahan itu berjaya, Teresa dijangkiti penyakit meningitis yang mengancam nyawanya ketika mereka pulang ke rumah mereka di Guatemala.

Teresa terpaksa menghabiskan masa lima bulan di hospital pada 2003.

Sepanjang tempoh itu, keadaan Teresa sentiasa bertukar-tukar antara sedar dan koma. Keadaan itu memberi kesan kepada dirinya.

Sejak itu, kesihatan Teresa terjejas dan terpaksa diberi penjagaan perubatan sepanjang masa.

Nasib Josie lebih baik. Walaupun mengalami beberapa masalah kesihatan seperti pembentukan cecair dalam otaknya, keadaan Josie tidak separah Teresa.

Keperluan perubatan utama mereka dibiayai insurans.

Pasangan suami isteri Wenceslao, 31, dan Leticia Quiej-Alvarez, 32, juga terpaksa diyakinkan untuk membenarkan kanak-kanak itu menetap dengan keluarga angkat di Los Angeles bagi memastikan kesihatan mereka benar-benar terjaga.

Di Los Angeles, Josie dijadikan anak angkat kepada Jenny Hull, 51, manakala Werner, 51, dan Florie Cajas, 50, mengambil Teresa.

Kata Josie, setiap Ahad dia menyalakan lilin untuk Teresa.

Disebabkan dibesarkan dua keluarga berbeza yang tinggal kira-kira 80 kilometer antara satu sama lain, mereka hanya bertemu beberapa minggu sekali.

Apabila bertemu, kata Josie, mereka berpeluang makan bersama, selain menjalani terapi fizikal dan bergurau.

“Kami berasa sangat bertuah,” katanya. 

Kini giat berlatih dalam aktiviti renang berirama sejak tiga tahun lalu, Josie gemar menyanyi, belajar sejarah serta bermain komputer.

Untuk bergerak, dia terpaksa dibantu tongkat.

“Saya mahu berjalan tanpa tongkat tetapi untuk sementara ini, matlamat saya ialah mampu berjalan dengan hanya memegang tangan ibu,” katanya.

Sementara itu, doktor Josie, Mark Urata, berkata akhir tahun ini dia akan menutup tengkorak pada kanak-kanak itu yang kini hanya ditutup dengan kulit.

Kata Urata, dia yakin Josie mampu mencapai kejayaan apa saja.

Ibu bapa kandung Josie dan Teresa datang ke Los Angeles untuk melawat mereka dua kali setahun.

Walaupun berjauhan, Florie berkata, dia tetap tenang kerana tahu anak-anaknya dijaga dengan baik. 

Jenny pula berkata, jika dibiarkan berbaring bersebelahan, Josie dan Teresa sering mengambil posisi seperti ketika mereka belum dipisahkan.

“Teresa akan kelihatan gembira apabila kepalanya dan Josie bersentuhan.

“Ikatan kasih sayang mereka dapat dilihat dengan ketara,
Sumber : metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...