Pages

Friday, September 7, 2012

Nurul Syuhada letak jawatan

dn_26.1

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Pengacara dan wartawan TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zain, 28, meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa stesen televisyen tersebut….

Menurut Nurul Syuhada, tindakan itu tidak ada kena mengena dengan isu Bintulu yang pernah timbul sebelum ini.

"Walaupun saya telah meletakkan jawatan sepenuh masa tetapi saya masih terlibat dengan TV3 sebagai kakitangan separuh masa.

"Mungkin ramai yang akan memberi persepsi yang berbeza mengenai perkara ini, apa pun, saya telah menghantar surat meletakkan jawatan sebulan lalu.

"Buat masa ini, saya hanya akan terlibat sebagai pengacara kepada rancanganMalaysia Hari Ini (MHI) sahaja," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Petaling Jaya,

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...