Pages

Saturday, September 15, 2012

Gerak hati beri petanda buruk


Kemalangan,
AYER HITAM - Rasa tidak sedap hati seorang suri rumah sejak Ramadan lalu membawa petanda stor simpanan barang di rumahnya di jalan utama menghala Bahau-Kemayan,dirempuh sebuah kereta sekitar jam 11.30 malam, kelmarin.....
.Ramlan Abdul Rani, 58, yang juga isteri kepada Ketua Kampung Dusat, Mohd Rajab Abd Hamid, 66, berkata, sebelum ini, dia kerap tidur di bilik berhampiran stor berkenaan. namun sejak Ramadan lepas, hatinya tidak sedap dan ada sahaja yang tidak kena sehingga tidurnya tidak lena.
“Kemudian saya nekad untuk tidak tidur di situ lagi pada awal hari raya tempoh hari dan tidur di bilik belakang bersama cucu perempuan., ketika kejadian saya dan cucu sahaja yang ada, suami berada di kedai makan berhampiran, 
simpang jalan utama berdekatan rumahnya sering berlaku kemalangan berikutan tiada lampu isyarat.

Mohd Rajab berkata, ketika berada di kedai makan, beliau melihat sebuah kereta jenis Proton Saga datang dari arah jalan Serting Ulu melanggar kereta jenis Honda Jazz dari arah Bahau.Kemudian kereta Honda terbabit terbabas lalu merempuh stor rumah saya.Bimbang akan keselamatan isteri dan cucu, saya bergegas pulang susulan ada bunyi kuat datang dari arah rumah," katanya yang membantu mengeluarkan mangsa di tempat kejadian.
Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...