LONDON: Syarikat pengeluar kelengkapan sukan, Adidas bersetuju untuk menamatkan penggunaan kulit kanggaru untuk but berprestijnya yang digunakan oleh bintang bola sepak Liga Premier berikutan aduan mengenai kekejaman terhadap haiwan itu ….
Kumpulan kebajikan haiwan sebelum ini menggesa pemulauan terhadap but berkenaan kerana bimbang mengenai kegiatan pembunuhan kanggaru yang dipercayai membabitkan aktiviti menembak binatang dewasa itu dan memukul hingga mati kanggaru muda.
Sebelum ini, semua syarikat pembuat utama menggunakan kulit kanggaru untuk but yang dipakai oleh bintang bola sepak, dari David Beckham hingga ke Frank Lampard dan John Terry.
Beckham berhenti menggunakan but kulit haiwan itu pada 2006 selepas dia diberi maklumat mengenai cara pembunuhan haiwan itu.
Sumber : metro
No comments:
Post a Comment