Pages

Wednesday, September 5, 2012

Pegawai AADK maut terjatuh semasa berkas peragut

je_01.1

SUNGAI PETANI 4 Sept. - Niat murni seorang Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memberkas peragut berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan raya akibat ditendang suspek di Bedong ….

Mangsa, Mohd. Majdi Abd. Hamid, 33, yang bertugas di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Karangan, Kulim meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pagi ini, setelah koma lebih 17 jam.

Isteri mangsa, Nor Baizura Rohim, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam semasa mangsa bersama anak perempuan mereka berusia lima tahun keluar membeli cendol di pekan Bedong.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...