Pages

Friday, August 31, 2012

Polis tumpaskan Geng Ah Chai


KUALA LUMPUR – 
Sekumpulan penjenayah dikenali Geng Ah Chai yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan samun kenderaan sejak awal tahun ini tumpas dengan tertangkapnya tiga suspek di Damansara Damai dekat sini Selasa lalu.....

Nama Geng Ah Chai tersebut diambil daripada gelaran salah seorang suspek yang dikenali sebagai Ah Chai.
penangkapan bermula bila polis mengesan salah seorang suspek berusia 26 tahun yang menggunakan kad kredit palsu untuk mengisi minyak di Damansara Damai pada pukul 12.30 tengah malam.
“Ekoran penangkapan lelaki itu, polis menahan pula dua lagi suspek iaitu seorang lelaki berusia 39 tahun dan teman wanita suspek pertama berusia 25 tahun setengah jam kemudian
polis kemudian menyerbu sebuah rumah didiami suspek di Damansara Damai dan menemui pelbagai peralatan untuk melakukan jenayah pecah rumah seperti parang panjang dan pengumpil pintu.turut ditemui pelbagai barangan curi termasuk 30 keping kad kredit, pelbagai jenis kunci kereta, komputer riba, puluhan kad sim telefon dan barang kemas.
berdasarkan penemuan pelbagai jenis kunci kereta itu polis tidak menolak kemungkinan suspek juga giat melakukan jenayah mencuri kenderaan.
Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...