Pages

Thursday, August 2, 2012

Kubur beruang perang - Beruang mangsa pemburu haram

pix_topright

Satu kubur beruang perang yang dibunuh dan dipotong anggota tubuh mereka oleh pemburu haram ditemui di Siberia, .

Beruang itu dipancung …..

pix_middle (2)

sebelum sebahagian dari  organ haiwan liar itu dieksport ke China untuk dihidangkan sebagai makanan atau menjadi ubat-ubatan. Seorang pakar yang dihubungi untuk memeriksa kubur di Buryatia itu mengesahkan semua haiwan yang ditemui adalah beruang.

Siberian Times melaporkan, ada antara haiwan itu masih muda ketika dibunuh selepas diperangkap.

Pakar biologi, Bimba Yumov, berkata semua beruang itu ditembak pada kepala dari jarak dekat selepas terperangkap dalam umpan dipasang pemburu haram. “Haiwan ini dibunuh secara paling kejam ketika ia tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya. Katanya, dia yakin 100 peratus pembunuhan itu dilakukan pemburu haram.

Jika tidak, katanya, bagaimana semua sembilan tengkorak beruang itu mempunyai kesan tembusan peluru yang sama. Siberian Times melaporkan, kulit beruang itu disiat dan kakinya dipotong, manakala lemak dan hempedunya dikeluarkan

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...