Seorang penjual pau di Felda Lok Heng terkejut bila beg plastik yang
dijumpai bawah meja gerainya dan disangka milik awam rupa-rupanya..
mengandungi
mayat bayi perempuan.
Dalam kejadian Isnin lalu kira-kira jam 9 pagi, Mesdi Tiami, 59, baru sahaja
hendak memulakan perniagaannya bila terlihat sebuah beg plastik yang ditutup
dengan jaket berada di bawah meja gerainya itu.
dia sangka mungkin ada orang
yang nak tumpang letak barang, jadi di biarkan saja. Namun saya hairan kerana
hingga jam 2.30 petang, masih belum ada yang mengambil beg plastik
tersebut.
dia kemudian tergerak hati melihat isi kandungan beg plastik
berwarna hitam itu. Alangkah terkejutnya dia bila terlihat tapak kaki
manusia
bersaiz kecil seperti tapak kaki kucing di dalamnya
tambah memilukan bila
bayi tidak berdosa itu dimasukkan ke dalam beg plastik dalam keadaan
tertonggeng.
dia mengesyaki bayi berkenaan adalah perempuan
dengan berat
hampir tiga kilogram itu sudah tidak bernyawa
“Keadaan bayi itu amat
menyedihkan. Bukan sahaja dimasukkan dalam keadaan tertonggeng, tali pusatnya
juga masih belum dipotong.
Sumber : sinar
No comments:
Post a Comment