Pages

Friday, April 4, 2014

GAMBAR:Mangsa Terbaru Penculikan Di Semporna

Gao-Huayun-565x376PETALING JAYA – Bapa kepada pelancong warga China yang diculik di sebuah resort di Semporna, Sabah..

menghubungi Stesen Radio ‘Shanghai People’ bagi merayu mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk menyelamatkan anaknya.

Beliau berkata, anak perempuannya, Gao Huayun, 29, bekerja di sebuah firma Jepun dan memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya.

Beliau pada Rabu menerima surat daripada sebuah universiti di Britain bagi memaklumkan bahawa anak perempuannya diterima masuk menyertai program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Beliau berkata, Gao berkunjung ke Malaysia bersama rakan-rakan sekuliahnya.

Gao dilaporkan diculik pada kira-kira pukul 10.30 malam Rabu apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke Singamata Reef Resort.

Mereka turut menculik seorang kakitangan resort warga Filipina.

Menurut stesen radio itu, seorang wanita bernama Xu membuat laporan polis di balai polis daerah Yangpu di Shanghai dengan mendakwa bahawa anak perempuannya diculik di Malaysia.

Sumber

1 comment:

  1. The Casinos in Las Vegas, Nevada
    Las Vegas is a vibrant city with lots of 안성 출장안마 entertainment, a vibrant 경상남도 출장마사지 nightlife scene and 포항 출장샵 so many great restaurants on 원주 출장안마 the 충청남도 출장마사지 Strip. If you're a gambler,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...