Pages

Tuesday, June 11, 2013

Gambar - Perlaksanaan Hukuman Gantung Di Kuwait Dijalankan Di Khalayak Ramai

5944_138130136369989_352559026_nKhususnya, perlaksanaan hukuman gantung sampai mati akan dijatuhkan pada pesalah yang melakukan kesalahan yang serius dan di jalankan secara tertutup di dalam penjara..Namun, di Kuwait…

pihak berkuasa kini telah menjalankan perlaksanaan hukuman gantung para pesalah di hadapan khalayak ramai..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..Kuwait untuk pertama kalinya telah menjalankan hukuman mati dalam selepas 6 tahun yang lalu pada 1 April 2013 yang lalu. Terdapat tiga banduan atau tahanan yang menjalani hukuman gantung tersebut iaitu seorang warganegara Pakistan, seorang warganegara Arab Saudi, dan seorang lagi tidak mempunyai apa-apa kewarganegaraan.
Ketiga-tiga mereka telah didapatikan bersalah atas kesalahan membunuh. Pesalah warga Arab Saudi, Faisal Al Oteibi didapati bersalah kerana membunuh seorang lelaki warga Arab Saudi. Pervez Ghulam, pesalah yang berasal dari Pakistan didapati bersalah kerana membunuh pasangan suami isteri warga Kuwait. Manakala, Dhaher Al Oteibi, pesalah yang dikatakan berasal dari Arab Saudi dan tidak mempunyai sebarang berkewarganegaraan telah didapati bersalah kerana membunuh isteri dan kelima orang anaknya.
Hukuman mati di Kuwait pada kali terakhir telah dilaksanakan pada tahun 2007. Catatan hingga sebelum hukuman mati ini dilaksanakan adalah sudah lebih 40 orang yang dijatuhkan dengan hukuman mati termasuk seorang wanita yang didapati bersalah kerana membakar sebuah bangunan pada tahun 2009 yang membunuh 57 orang.
Pemerintah Kuwait sengaja menayangkan proses pelaksanaan hukuman gantung di khalayak ramai pada kali ini untuk memberitahu bahawa tidak ada proses toleransi dalam  menegakkan kedaulatan undang-undang di negara teluk tersebut.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...