Pages

Wednesday, June 12, 2013

Dulang terbang di restoran sushi

du_06.1LONDON - Rangkaian restoran Britain, Yo! Sushi melancarkan perkhidmatan dulang terbang yang didakwa sebagai

yang pertama di dunia untuk menghantar hidangan sushi ke meja pelanggan dengan pantas.

Perkhidmatan yang dinamakan sebagai iTray itu menggunakan dulang yang diletakkan pada pesawat dron kawalan jauh yang dilengkapi kamera dan bilah kipas.

Dron yang dikawal menggunakan komputer iPad itu boleh bergerak selaju 40 kilometer sejam.

Ia yang dikawal oleh pekerja restoran berkenaan digunakan untuk menerbangkan sushi dari dapur premis tersebut ke meja pelanggan.

Seorang pelanggan yang menerima hidangan menggunakan iTray berkata, dia kagum dengan konsep tersebut.

"Apabila saya memesan makanan, saya tidak menyangka ia akan diterbangkan ke meja saya," katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...