AULONG (TAIPING) – Beberapa penduduk Kampung Aulong Lama, di sini terkejut apabila menjumpai ular sawa batik yang sedang menyusur di dalam sebuah tokong…
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 petang semalam disedari seorang penduduk apabila terlihat ular sawa terbabit cuba untuk menyembunyikan diri di celah batu dan dipercayai baru menelan mangsanya.
Ketua Persatuan Sukarela, Chong Choon Seng berkata, ular sepanjang kira-kira 4.5 meter itu bergerak perlahan dan keadaan itu memudahkan dia bersama beberapa penduduk lain menangkap ular itu.
“Keadaan ular yang sedang kekenyangan itu memberi peluang untuk kami bertindak, dengan bantuan beberapa penduduk kampung dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, akhirnya haiwan berkenaan berjaya ditangkap,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, penemuan ular berkenaan adalah yang pertama kali di kawasan itu dan ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan mereka sekiranya kejadian itu berulang semula.
“Memang saya agak terkejut, mujurlah kehadiran 'tetamu yang tidak diundang' itu berjaya dikesan lebih awal.
"Jika tidak tentu ia akan memberikan kemudaratan kepada penduduk di sekitar tokong ini," katanya.
Sementara itu, ular seberat 25 kilogram berkenaan telah ditempatkan di Zoo Taiping
No comments:
Post a Comment