Pages

Tuesday, February 11, 2014

Rakyat Sudan Terlepas Hukuman Gantung Bunuh Anak Teman Wanita

mati2PUTRAJAYA – Seorang rakyat Sudan terlepas daripada tali gantung apabila

Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman mati yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh anak perempuan teman wanitanya, empat tahun lepas.

Selepas Presiden Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan itu, anggota keluarga bekas pelajar kolej Mohannad Taha Ismail dan rakan-rakannya, yang berada di mahkamah, menitiskan air mata dan kelihatan memeluk satu sama lain.

Di luar mahkamah, kesemua mereka mengucapkan “Alhamdulillah” dan sesetengah daripada mereka menangis.

pix_gal0

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan terakhir Mohannad Taha terhadap sabit kesalahan dan hukuman mati yang dijatuhi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 September 2011.

Ketika membuat keputusan sebulat suara, Hakim Md Raus berkata selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, mahkamah berpendapat bahawa berdasarkan bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati bahawa adalah tidak selamat untuk mengekalkan hukuman itu ke atas perayu (Mohannad Taha).

“Oleh itu, rayuan dibenarkan, mahkamah mengetepikan sabit kesalahan dan hukuman mati ke atas perayu,” kata Hakim Md Raus yang mempengerusikan panel hakim lima anggota terdiri daripada Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Hasan Lah, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Pada 15 Oktober 2012, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati yang dijatuhi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam ke atas Mohannad Taha selepas mendapatinya bersalah membunuh Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3 tahun.

Aaliayh

Rakyat Sudan Lepas Hukuman Gantung Bunuh Anak Teman Wanita

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Kondominium Venice Hill di Cheras antara 7.30 malam dan 8.30 malam pada 12 Oktober 2009.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohannad Taha berhujah bahawa tiada bukti jelas menunjukkan bahawa anak guamnya telah menyebabkan pendarahan parah pada bahagian kranium mangsa kerana tiada siapapun dalam rumah nampak Mohannad Taha menggoncang mangsa.

Beliau berhujah bahawa keterangan emak mangsa tidak boleh diterima kerana kenyataannya kepada polis didapati bercanggah dengan keterangannya kepada mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya berhujah bahawa satu kesimpulan seharusnya dibuat ke atas perayu memandangkan dia tinggal bersama mangsa dan ibunya selama tiga bulan di rumah itu. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...