Pages

Sunday, February 2, 2014

GAMBAR: ‘Kiamat’ Sinabung, Gunung Berapi Meletus, 14 Maut Setakat ini!

sinabung_volcano_540_359_100KARO (Sumatera Utara)  – Seramai 14 orang terbunuh termasuk

empat orang pelajar semalam selepas Gunung Sinabung di sini menghamburkan lahar dan gas panas, kata seorang pekerja bantuan kemanusiaan.

Menurut pekerja itu, Benny Kaban, lebih banyak mangsa yang mati akan ditemui selepas gunung tersebut yang terletak di utara Sumatera meletus.

Gambar-gambar yang dirakamkan seorang jurugambar agensi berita AFP menunjukkan beberapa mayat diselubungi debu ketika beberapa pekerja penyelamat memakai topeng gas tiba untuk menyelamatkan mangsa-mangsa gunung tersebut.

Tiga orang lagi termasuk seorang bapa dan anaknya melecur setelah terkena debu panas dan mereka kini dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital.

Gunung itu menghamburkan debu dan batu setinggi 2,000 meter ke udara.

Kejadian itu berlaku selepas lebih 13,000 penduduk kembali ke rumah masing-masing selepas gunung tersebut yang setinggi 2,460 meter menunjukkan pengurangan aktiviti letusan.

Gunung itu mula meletus sejak November tahun lalu. – Agensi

Korban-Sinabung-JIBI_Solopos_Antara_Irwansyah-Putra2

GAMBAR: 'Kiamat' Sinabung, Gunung Berapi Akhirnya Meletus, 14 Maut Setakat ini!

mt-sinabung-dead-body

sinabung1

20140114_sinabung_afp

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...