Pages

Monday, September 16, 2013

Foto Menarik Sepanjang Majlis Pernikahan Black

100 Penyanyi Black sudah pun selamat bergelar suami kepada suri hatinya,

Naquira Yasira Mohamad Khairi dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan kedua mempelai itu telah diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Dalam majlis itu pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan jenama Chanel, minyak wangi Bvlgari, sebentuk cincin, iPad Mini, sepersalinan baju serta kasut Charles & Keith dan juga satu set kosmetik jenama Kanebo.

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang berupa jam tangan, kasut, Al-Quran, sirih junjung, songkok, tali pinggang, dompet, cincin dan minyak wangi.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Mohd Hanafiah, 26, menyediakan wang hantaran sebanyak RM12,000 sementara mas kahwinnya berjumlah RM80.

Tahniah diucapkan buat penyanyi bervokal hebat ini.

Semoga hubungan yang dibina ini akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Apa-apa pun jom layan dulu koleksi gambar-gambar menarik sepanjang majlis pernikahan mereka semalam.

11

22

33

44

55

77

88

100

101

103

104

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...