Pages

Sunday, September 8, 2013

Bayi Sekarang Sudah Semakin Cerdik

Ini juga ada video yang agak comel tapi bahaya jika ia terjadi kepada anak anda.
Video ini saya kesan dikongsikan secara ramai di Facebook walaupun ia sudah dimuatnaik tahun lalu melalui saluran youtube milik newcaven.
Video dimuatnaik memaparkan beberapa orang bayi yang cerdik sudah pastinya dari luar negara berjaya keluar dari katil bayi mereka atau berjaya melepas penghadang tangga yang diletakkan ibu bapa sebagai menghalang mereka menggunakan tangga.
Video itu juga ada satu babak pada minit 1:28 memaparkan seorang bayi keluar dengan sendiri dengan memanjat katilnya, kemudian membantu pula rakan bayinya di sebelah. Lebih cerdik dia sempat membetulkan pintu katil yang ditolak seperti seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Pendedahan video ini mendedahkan bahawa kanak-kanak semakin hari semakin cerdik dan teknologi yang ada tidak membantu sangat mereka daripada cuba melarikan diri.
Ibu bapa perlu memantau keadaan anak-anak selepas diletakkan di dalam katil bayi supaya anda tidak membiarkan mereka berseorangan kerana jika perkara sebegini tidak dipantau, ia akan mengundang bahaya mereka ditimpa kemalangan.
Sumber

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...