Pages

Thursday, August 1, 2013

Video: Ayu OIAM Hilangkan Diri?

PENYANYI kelahiran dari realiti televisyen One In A Million (OIAM), Ayu Damit mengakui kurangnya liputan media terhadap aktivitinya memnyebabkan ramai antara peminat merasakan dia menghilangkan diri
dalam industri.
“Senyap? Tidak lah senyap sangat. Ayu banyak juga aktiviti dekat luar cuma tak banyak keluar televisyen dan surat khabar.
“Maka, liputan untuk Ayu tu macam tak ada. Ayu banyak belakang tadbir je,” jelas aku ketika ditemubual MyNewsHub pada Isnin.
Ayu membuat persembahan dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, Ayu turut mengakui yang dirinya perlu betul-betul bersedia serta mempunyai produk yang sesuai sebelum dia membuat ‘come back’ dalam industri.
“Sebab macam sekarang, kita tak boleh senang-senang keluar lagu, sebab kita kena ada satu produk yang betul-betul boleh buat kita berada dalam industri,” ujar Ayu.
Pada masa yang sama, Ayu juga banyak meluangkan masa berbuka puasa bersama anak-anak yatim selain membuat persembahan setiap Jumaat di sebuah hotel terkemuka di Damansara.
Kurang daripada 100 hari menjelang Aidilfitri, Ayu yang kini mempunyai dua orang anak sibuk membuat persiapan Aidilfitri untuk keluarganya.
“Tahun ini persiapan raya dekat rumah mak mertua di Perak. Persiapan tiada masalah, baju raya dah siap, tinggal nak beli bju raya anak-anak sahaja. Yang lain semua dah selesai,” ujar Ayu.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...