Pages

Tuesday, August 27, 2013

Keluarga Dinasihat Tuntut Jenazah Sherol Segera

JenazahJabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kini sedang berusaha untuk bertemu dengan keluarga seorang suspek perompak yang mati ketika tersangkut di tingkap selepas dipercayai cuba

memecah masuk ke rumah jirannya bulan lepas.

Memetik laporan New Straits Times, Pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata jabatannya akan menasihati bapa Allahyarham Sherol Aizam Mohd Damanhuri, 27 tahun, yang mati dipercayai akibat lemas selepas tersangkut pada tingkat di Taman Saz, Silibin pada 20 Julai lepas untuk menuntut jenazah anaknya untuk dikebumikan segera

Jenazah Sherol kini berada di Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh selepas bapanya Mohd Damanhuri Mohd Fuad enggan menuntutnya selagi proses bedah siasat kali kedua tidak dilakukan.

Menurut Yusop, jenazah orang Islam perlu dikebumikan segera melainkan ada keperluan yang penting seperti untuk membantu siasatan kes jenayah.

“Dalam kes ini, jenazah anaknya sudah disimpan di bilik mayat untuk tempoh yang lama, ahli keluarganya perlu memikirkan nasib jenazah anaknya dan perlu segera menuntutnya untuk dikebumikan,” katanya ketika ditemui di sebuah majlis sambutan Aidilfitri di Masjid Muhammadiah di Ipoh semalam.

Pada kejadian bulan lepas, Allahyarham Sherol ditemui tuan empunya rumah seorang pekerja kontraktor dikenali dengan nama Chen ketika pulang ke rumahnya selepas tengah malam.

Beliau terkejut apabila ternampak seorang lelaki, hanya berseluar pendek tersepit di celah tingkap di dapurnya meminta pertolongan.

Chen kemudiannya menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata polis dimaklumkan berkenaan kes itu pada pukul 12.15 tengah malam dan sebuah kereta peronda dari Balai Polis Jelapang dihantar lima minit kemudian.

Anggota polis yang sampai memeriksa suspek dan mendapati suspek tersepit di celah batang besi dengan kepala dan tangannya masih di dalam rumah.

“Pada ketika itu, warna badan suspek sudah bertukar menjadi biru,” katanya.

Pihak polis kemudian terpaksa menggunakan alat pemotong untuk membebaskan Sherol yang tersepit.

Pasukan perubatan yang dipanggil untuk memeriksa keadaan Allahyarham mendapati suspek telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemeriksaan mendapat baju Sherol, seluar dan kasutnya ditemui di bahagian dapur rumah berkenaan.

Menurut Sum, suspek tinggal di rumah keluarganya berhampiran dengan rumah yang menjadi lokasi kejadian dipercayai cuba dipecah masuk oleh suspek.

Polis menolak sebarang unsur jenayah atas kematian itu dan proses bedah siasat mendapati Allahyarham Sherol meninggal dunia akibat kesukaran bernafas atau lemas

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...