Pages

Thursday, August 22, 2013

Ibu Jari Hampir Terputus Angkara Mesin Pemotong Besi

ibu jari putus 1KANGAR - Seorang bekas pesara tentera nyaris hilang tiga jari tangannya selepas hilang kawalan akibat

menggunakan mesin pemotong besi semasa membaiki rumahnya di Kampung Masjid, Padang Pauhbaru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari Sabtu lalu, Norshidi Yaakob, 59, memanjat tangga bagi memotong siling lama untuk digantikan dengan siling baru.
Menurut anaknya Mohd Nasiruddin, 26, bapanya itu dipercayai hilang kawalan lalu terpotong ibu jari kiri sehingga hampir putus sebelum terpotong pula ibu jari kanan dan jari manis kanan yang hampir terbelah dua.

Keadaan Norshidi selepas melakukan pembedahan di HTF.


“Bapa saya ada penyakit kencing manis, semasa di atas tangga itu dia sepatutnya memotong siling namun disebabkan pening dia hilang kawalan lalu terpotong jari-jarinya.
“Mesin itu kemudiannya terpelanting ke lantai dan bapa saya masih mampu turun dari tangga sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF)," katanya.
Mohd Nasiruddin berkata, doktor mengambil masa hampir lima jam untuk menyambung semula tulang dan urat saraf tangan bapanya yang hampir putus itu.
“Bapa saya sekarang sudah stabil namun masih memerlukan rawatan rapi di HTF kerana penyakit kencing manis,” katanya

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...