Pages

Wednesday, July 24, 2013

PONTENG UNTUK MINTA SEDEKAH

image (1)KOTA BHARU- Dua beradik terpaksa ponteng sekolah sejak seminggu lalu, ekoran terpaksa menjaga nenek mereka yang

uzur dan berkerusi roda memandangkan ibu bapa mereka keluar berniaga di bazar Ramadan.
Keadaan bertambah perit, apabila kedua-duanya bukan sahaja perlu menjaga nenek mereka, malah terpaksa meminta sedekah di hadapan Masjid Muhammadi, bagi mendapatkan makanan untuk berbuka puasa.
Kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai, Muhammad, 9, berkata, ibu bapanya yang berasal dari Bachok meninggalkan dia dan adik perempuannya yang berusia lapan tahun serta neneknya yang uzur di pekarangan masjid pada setiap hari sejak seminggu lalu pada jam 9 pagi dan akan mengambil mereka semula pada jam 8 malam selepas selesai berniaga di Bazar Ramadan Pasir Tumboh.
“Mula-mula memang saya takut juga ditinggalkan bersama adik dan nenek di kawasan ini, namun selepas hampir seminggu saya sudah terbiasa dengan keadaan itu.
“Kami terpaksa, kerana tiada orang hendak uruskan keadaan nenek di rumah, sebelum ini ibu yang jaga nenek. Tapi sejak bulan puasa, ibu perlu keluar menyara kami, jadi kami ditinggalkan di hadapan masjid ini dan hanya dengan cara inilah kami dapat wang dari simpati orang ramai,” katanya.
Kanak-kanak terbabit ditemui dalam Ops bersepadu Ramadan Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sekitar Kota Bharu semalam.
Turut serta dalam Ops terbabit, Pengarah JKM negeri, Md Noor Chik.
Dalam operasi berkenaan, dua pengemis seorang warga tempatan dan seorang lagi warga Kemboja, turut ditahan mengemis di sekitar bazar Ramadan di Kubang Kerian.
Menurutnya, warga Kemoja itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan susulan manakala warga tempatan dihantar ke rumah Sri Kenangan Pengkalan Chepa untuk ditempatkan di rumah terbabit sebagai penempatan sementara.
Mengenai kes dua kanak-kanak itu, Md Noor berkata, JKM akan melakukan tindakan susulan berhubung perkara isu itu dan akan merujuk kepada pegawai JKM di Bachok untuk tindakan selanjutnya.
“Ini bagi mengetahui status keluarga kanak-kanak itu dan jika mereka masih tidak terima bantuan, kita akan usulkan bantuan  mengikut kesesuaian latar belakang mereka.
“Sepatutnya ibu bapa mereka tidak melakukan tindakan dengan meninggalkan anak-anak seperti itu kerana boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atas kecuaian mereka itu kerana mengabaikan pendidikan kanak-kanak terbabit yang masih bersekolah,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...