Pages

Friday, July 12, 2013

Pelik - Puak Dani Potong Jari Simbolik Kematian

potong jari kerana simbolik kematianSuku Dani dari Papua, Indonesia memotong jari mereka sebagai satu cara memaparkan kesedihan di upacara pengebumian dan melumur muka mereka dengan abu dan tanah liat

sebagai simbolik kesedihan.

Mereka percaya jika si mati adalah kuat @ berkuasa di dunia, ia dipercayai bahawa roh-roh mereka akan mengandungi kuasa yang sama juga.

Untuk menyenangkan hati dan mengusir roh-roh ini, beberapa amalan yang mengejutkan telah diikuti.

Anak-anak gadis yang berkaitan dengan orang yang mati akan memotong bahagian hujung jari. Sebelum dipotong, jari akan diikat dengan tali selama lebih 30 minit. Selepas pemotongan, hujung jari dibiarkan kering sebelum dibakar dan abu dikebumikan di suatu kawasan khas.

Amalan ini telah diharamkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, kaum wanita yang lebih tua boleh dilihat dengan jari separuh pada tubuh mereka sebagai bukti amalan ini pernah dilakukan pada masa dahulu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...