Pages

Saturday, July 6, 2013

.Nabila Huda Penat Dengan Cakap-Cakap Orang

Pelakon berbakat besar, Nabila Huda Suhaimi, 29, menjelaskan dia kini sudah penat dengan segala tohmahan dan cakap-cakap orang di luar
sana mengenai kehidupan peribadinya.
Walaupun menyedari dirinya merupakan seorang ‘public figure’, Nabila menegaskan kehidupan peribadinya adalah miliknya seorang dan bukan hak milik masyarakat di luar sana.
“Orang tak perlu nak nilai tentang saya, mereka tak penat ke nak bercakap pasal saya. Saya pun dah penat sebenarnya, penat saya nak lalui semua ini,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran koleksi terbaru Pandora sempena sambutan Aidilfitri, di sini, semalam.
Dirinya kembali menjadi bualan selepas berkongsi video ringkas Keek yang menunjukkan dirinya seolah-olah tidak berpakaian dan hanya diliputi selimut pada ketika itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Nabila berkata, “saya tak fikir pun sebelum post apa-apa di laman sosial, mungkinlah orang tak boleh terima kegilaan-kegilaan saya ini tapi ‘its real’ (itulah diri saya sendiri). Orang tahu saya macam mana, life saya macam mana”.
Selain itu, pelakon itu turut memohon peminat di luar sana supaya menghormati kehidupan peribadinya kerana itu merupakan haknya untuk menentukan bagaimana cara hidupnya sendiri.
“Kehidupan peribadi saya adalah milik saya, itu bukan hak masyarakat. Orang di luar sana patut respek kehidupan orang lain, janji saya kerja bersungguh-sungguh, saya tak kacau hidup orang dan saya tak main-main (dalam melakukan kerja),” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai hal putus cintanya bersama aktor Nas-T, Nabila menjelaskan bahawa mereka telah berpisah secara baik.
Ini kerana mereka merasakan hubungan sesama rakan karib di antara mereka lagi sesuai untuk dijalinkan berbanding sebagai pasangan kekasih.
ABIL1
“Saya putus dengan dia (Nas-T), saya memang takde masalah apa-apa. Memang kami tak gaduh atau apa. Memang saya ‘decide’ untuk berpisah kerana kami rasa macam rindu saat-saat masa kami sama-sama berkawan baik. Bukan sebab orang kata couple itu tak best, mungkin sebab saya sibuk bekerja, kurang komunikasi tapi kami masih kawan macam biasa.
“Kalau ada jodoh, ada jodohlah, kalau takde jodoh, kami akan stick forever sebagai kawan baik kerana dia memang kawan saya sejak saya remaja lagi,” katanya yang sudah mengenali Nas-T sejak dirinya berusia 16 tahun lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...